Followers

Thursday, February 23, 2012

My First D.I.Y Baju Kurung

Okey la ni kan? hehehehehe 

Kali pertama memotong kain ela untuk di buat baju, kali pertama menjahit baju. Sebelum ni menjahit sarung bantal baby ade la. Untuk testing testing aku beli kain cotton murahan jer. Standby untuk dibakul sampahkan sekiranya projek tak menjadi. Aku ni ade perangai skit, kalau tak menjadi terus buang. huhuhuhu. Nasib jadi kan?

Untuk panduan aku leraikan sehelai baju kurung lama aku. Nak tekap jer kan saiz dia. Mane la aku reti nak ukur bagai. Lepas tu aku pun potong la bahan, berjam jam la jugak. Takut salah potong. Lepas tu hantar kedai jahit tepi. Untuk sehelai baju kos untuk jahit tepi cume RM 1.50. Murah jer ek.. Baru tau. hehehehe. Jahit menjahit aku pakai mesin jahit comel aku tu. Terhegeh hegeh la jugak. Nasib mak aku ade, senang aku tanya step yang mana nak jahit dulu kan? Bagi aku paling mencabar nak jahit getah kain. Dah lah mesin tu comel jer. Tergolek golek mesin jahit tu bile aku tarik getah. huhuhuhu ( mcm nak kene beli mesin jahit sebenar jer ni). Bab leher aku buat yang aku tau jer. Ala masa Kemahiran Hidup ade buat baju Opah / Kedah tu kan? Aku buat camtu jer la. hehehehe.. kemudian kemudian la aku buat leher sebenar.

Tak la kemas sangat hasil pertama ni. Tapi aku tetap berbangga. huhuhuhu. 

0 komen bernas:

Post a Comment

Terima Kasih Kerana Sudi Komen..... :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...